Terkunci di dalam tandas.

Kisah Benar.

Terkunci di dalam tandas.

Kisah ini berlaku di dalam tandas kakitangan, di Blok B, SMA Maarif, Besut pada hari Selasa, 4 September 2012. Setelah menghantar pulang anak-anakku, aku terus menuju ke sekolah tanpa naik ke atas rumah. Aku perlu menghadiri kelas petang yang bermula pada jam 3.00 petang. Setelah meletak kereta, aku terus menuju ke tandas untuk qada hajat. Seperti biasa, aku menutup pintu tandas dan menguncinya. Setelah selesai qada hajat, aku menuju ke pintu. Alangkah terkejutnya aku, pemegang pintu telah patah. Aku tidak dapat membuka pintu dari dalam. Aku cuba beberapa kali untuk membukanya, tetapi gagal dan memang aku akan gagal membukanya.  Pintu hanya dapat dibuka dari luar sahaja.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433H

Aku dan keluarga sekali lagi dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1433H bersama-sama.

Diari Tahun 2012

Rujukan
:
JHEAT.03-008/4/8 Bhg.4 - ( 55 ).  Tarikh : 1 September  2012
Tarikh
:
13 September 2012 ( Khamis )
Aktiviti
:
Majlis Keraian Peserta KESSUMA ke 13 Tahun 2012
Tempat
:
Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
Catatan
:
Pengurus Sepak Takraw.


Rujukan
:
JHEAT.03-005/7/Bhg.29 - (  ).  Tarikh : 25 Jun  2012
Tarikh
:
4 - 6 Julai 2012 ( Rabu - Jumaat )
Aktiviti
:
Kursus Re-Skilling Kaunselor Kepada Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2012
Tempat
:
Sumai Hotel, Kuala Terengganu
Catatan
:
Peserta. Menginap di Appartment No. 302 bersama Cikgu Mohd Azami bin Abd. Ghani (SMA Maarif), Cikgu Hamdan bin Hasbullah (SMA Maarif), Cikgu Roslan bin Muda (SMA Ittifakiah) dan YM Syed Bakir (SMASZA Ladang)