Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu

23 Januari 2017 (Isnin) : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, seorang murid SMA Maarif, Qathrun Nada binti Ahmad Jasni telah mendapat anugerah Pengacara TV PPS Terbaik (Kategori Sekolah Menengah).

Jamuan Akhir Tahun 2016 GPM PKG Raja

7 November 2016, Isnin - Jamuan Akhir Tahun GPM sekolah-sekolah ahli PKG Raja, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Besut, Terengganu.