Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019 - Solat Hajat

1 Januari 2019 (Selasa) : Hari pertama persekolahan tahun 2019 telah dimulakan dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat di Dataran Ilmu.

Hari Lahir ke 58

1 Januari 2019 : Aku menyambut hari lahir yang ke-58. Manakala isteriku, menyambut hari lahir yang ke 54. Syukur kepada Allah swt kerana masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan mental dan fizikal dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kepada anak-anak yang telah memberi hadiah hari jadi.

Majlis Perkahwinan Cikgu Farini

8 Disember 2018 (Sabtu) - Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan Cikgu Farini (anak saudara kepada Cikgu Che Daud) di rumah ibunya di Kampung Air Terjun, Jertih, Besut, Terengganu. Secara kebetulan, kami bertemu dengan Cikgu Muhammad Azmi bin Hassan dan isteri barunya.