Jom Melancong Ke Sabah

HARI PERTAMA
12 FEBRUARI 2022 (SABTU)

1.30 Ptg : Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
2.00 Ptg : Check in.
3.00 Ptg : Masuk ke Balai Berlepas
3.40 Ptg : Berlepas ke Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia AK 5346
6.10 Ptg : Selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
6.30 Ptg : Bertolak ke Kundasang
                Makan malam di D'Lengkuas, Kota Kinabalu. Tuan kedai berasal dari Kelantan.
10.00 Mlm : Check in di Homestay.

Taklimat Ahli Rombongan Melancong ke Sabah

10 Februari 2022, Khamis : Satu taklimat kepada ahli rombongan melancong ke Sabah telah diadakan di Redux Kitchen, Taman Koperat Putera, Besut. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Razak bin Abd Rahman. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Mereka akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mereka akan bertolak balik pada 15 Februari 2022.

Majlis Perkahwinan Wan Jamilin Ainsyirah

2 Februari 2022, Ahad : Majlis Perkahwinan Wan Jamilin Ainsyirah dan pasangannya Mohd Faiz Azrul bin Jaafar telah dilangsungkan di Manor Beach Resort, Besut.