Bertemu dan Menikmati Sarapan Pagi Di Gong Duek

17 Mei 2022 (Selasa) : Aku dan  19 orang ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu dan bersarapan pagi di Warung Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Gong Duek, Jertih, Besut, Terengganu.

Perbincangan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1443H

13 Mei 2022 (Jumaat) : Aku dan lima orang ahli Group SSN'78 mengadakan perbincangan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1443H di AMEER TOMYAM, Gong Nering.

Berkunjung ke Tanjung Malim, Perak.

9 Mei 2022 (Isnin) : Aku ke Tanjung Malim, Perak untuk menghantar anak yang belajar di UPSI. Kami pergi dengan menaiki kereta yang akan digunakan oleh anakku untuk berulang-alik dari rumah sewa ke kampus. Aku bertolak balik pada hari Selasa, 10 Mei 2022 dengan menaiki bas Queen Express.