5 Julai 2024 (Jumaat) : Alhamdulillah. Aku dan isteri dapat menikmati keenakan pulut durian di Sungai Petani, Kedah. Satu kedai yang luas dan selesa untuk penggemar durian. Pelbagai jenis durian dijual di sini termasuk musang king.

29 Jun 2024 (Sabtu) : Alhamdulillah. Bersama-sama ahli Group SSN 1978 menjayakan Program Jom Makan TeBu Kali 8/2024 di rumah Rosini binti Mohd Noor di Kampung Bukit Kecik, Chalok, Setiu. Program kali ini bertambah meriah dengan kehadiran tetamu jemputan, Cikgu Ishak bin Salleh, guru yang mengajar Bahasa Malaysia ketika kami dalam tingkatan 1 dan 2.
23 Jun 2024 (Ahad) : Aku dan ahli Group SSN 1978 hadir menjayakan program Jom Makan TeBu kali 7/2024 di Wadi Al Hussin, Hulu Besut, Terengganu. Seramai 26 orang ahli dan keluarga telah mendaftar untuk menghadiri program yang diadakan dikawasan berbukit. Berbagai menu makanan dan minuman akan dibawa untuk dinikmati oleh semua yang hadir.