Diari Tahun 2012

Rujukan
:
JHEAT.03-008/4/8 Bhg.4 - ( 55 ).  Tarikh : 1 September  2012
Tarikh
:
13 September 2012 ( Khamis )
Aktiviti
:
Majlis Keraian Peserta KESSUMA ke 13 Tahun 2012
Tempat
:
Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
Catatan
:
Pengurus Sepak Takraw.


Rujukan
:
JHEAT.03-005/7/Bhg.29 - (  ).  Tarikh : 25 Jun  2012
Tarikh
:
4 - 6 Julai 2012 ( Rabu - Jumaat )
Aktiviti
:
Kursus Re-Skilling Kaunselor Kepada Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2012
Tempat
:
Sumai Hotel, Kuala Terengganu
Catatan
:
Peserta. Menginap di Appartment No. 302 bersama Cikgu Mohd Azami bin Abd. Ghani (SMA Maarif), Cikgu Hamdan bin Hasbullah (SMA Maarif), Cikgu Roslan bin Muda (SMA Ittifakiah) dan YM Syed Bakir (SMASZA Ladang)

Kursus Direct Admin dan Pembangunan Portal Menggunakan JOOMLA (Zon Timur)

19 - 21 Jun 2012 - Aku menghadiri Kursus Direct Admin dan Pembangunan Portal Menggunakan JOOMLA (Zon Timur) yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. 
















Percutian di Cameron Highlands

Aku dan keluarga sekali lagi berpeluang bercuti di Cameron Highland. Percutian yang tidak menyenangkan bagi aku bermula pada 19 Januari 2012 dan berakhir pada 21 Januari. Sebaik sahaja tiba di Apartment Rumah Peranginan Persekutuan, tempat kami menginap, aku mengalami demam serta batuk. Aku merasa susah untuk bernafas. Keadaan seperti ini tidak pernah aku alami sebelum ini. Jadi, aku banyak menghabiskan masa di atas katil sahaja. Makan pun tak berselera. Walau bagaimanapun aku tetap bersabar. Aku masih ingat pesan Tuan Guru Haji Mohamad bin Abd Rahman. Setiap penyakit atau musibah bertujuan untuk Allah SWT menghapuskan dosa kita dengan syarat kita REDHA dan SABAR.