Aku dan keluarga berkesempatan untuk bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands pada 13 - 15 Jun 2013. Kami bertolak dari rumah pada jam 10.00 pagi. Setelah berhenti untuk mengisi minyak kereta di Stesen Petronas Jerteh, kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti rehat sebentar di R&R Gua Musang pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan sampai di Rumah Peranginan Persekutuan pada jam 3.30 petang. Setelah mendaftar masuk ke Appartment Melor 2, kami menikmati makan tengahari (nasi bungkus berlauk ayam kampung yang kami beli di kedai di Kampong Jawek, Jerteh).
Halaman
- Home
- Profil Diri
- Isteri
- Mohd Hamdan
- Nor Hafizah
- Nor Farihah
- Nor Hazwani
- Muhammad Hafizuddin
- Cucu
- Album Tahunan
- Album Sekolah
- Hari Raya Eidul Fitri
- Kenduri Kahwin
- Kematian
- Pak Nik Salleh
- Percutian
- Video
- Ziarah
- Perkahwinan
- Kad Perkahwinan
- Album Wajah
- Album PPK
- Album SMAM
- Album Jogjakarta
- Album APSSK 2015
- Surat
- Gambar Passport
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
- Abang Hamid
- 5N1 SMIP 1978
- Sahabat SM Seri Nering
- Pak Su Hasan
- Sepupu
- Besan
- Album Rakan-Rakan
- Album BTPNT
- video1
- Bil Utiliti
- Video 2022
- Kenderaan
KESSUMA 2013
Pada tahun 2013, aku sekali lagi dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sepak Takraw KESSUMA Negeri Terengganu. Kejohanan kali ke-14 ini dilangsungkan pada 2 - 6 Jun 2013 bertempat di UIAM, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kejohanan kali ini melibatkan semua negeri di Malaysia (13 buah negeri). Hanya Sarawak yang tidak menghantar peserta.
K'Teh Ke Matrikulasi Kedah
Anakku yang keempat, Nor Hazwani (panggilan mesra, K'Teh) telah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon. Tarikh pendaftaran ialah pada 27 Mei 2013. Aku dan keluarga bertolak ke Kedah pada 26 Mei 2013. Jalan yang kami lalui adalah Jerteh - Jeli - Grik - Sungai Petani - Alor Setar.
Dalam perjalanan, kami berhenti rehat di Stesen Petronas Jeli. Pastinya masuk tandas untuk qada hajat. Lepas tu membeli makanan ringan. Hentian Titiwangsa adalah tempat rehat yang kedua. Ramai orang berehat di sini. Kemudahan yang disediakan adalah memuaskan. Kami mengambil peluang untuk bergambar kenangan berlatarbelakangkan bukit-bukit. Pemandangannya indah sekali. Suhu juga boleh tahan. Terasa macam berada di Cameron Highlands.

Langgan:
Catatan (Atom)