Halaman
- Home
- Profil Diri
- Isteri
- Mohd Hamdan
- Nor Hafizah
- Nor Farihah
- Nor Hazwani
- Muhammad Hafizuddin
- Cucu
- Album Tahunan
- Album Sekolah
- Hari Raya Eidul Fitri
- Kenduri Kahwin
- Kematian
- Pak Nik Salleh
- Percutian
- Video
- Ziarah
- Perkahwinan
- Kad Perkahwinan
- Album Wajah
- Album PPK
- Album SMAM
- Album Jogjakarta
- Album APSSK 2015
- Surat
- Gambar Passport
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
- Abang Hamid
- 5N1 SMIP 1978
- Sahabat SM Seri Nering
- Pak Su Hasan
- Sepupu
- Besan
- Album Rakan-Rakan
- Album BTPNT
- video1
- Bil Utiliti
- Video 2022
- Kenderaan
Walk4BN
Menteri Besar Terengganu Gembira Untuk Merealisasikan Impian Mohd Noor
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Kini ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia. Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang. Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki) bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.
“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today. Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya. Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu.
Terengganu Today akan menjadi portal rasmi untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.
Percutian di Cameron Highlands Tahun 2013
Aku dan keluarga berkesempatan untuk bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands pada 13 - 15 Jun 2013. Kami bertolak dari rumah pada jam 10.00 pagi. Setelah berhenti untuk mengisi minyak kereta di Stesen Petronas Jerteh, kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti rehat sebentar di R&R Gua Musang pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan sampai di Rumah Peranginan Persekutuan pada jam 3.30 petang. Setelah mendaftar masuk ke Appartment Melor 2, kami menikmati makan tengahari (nasi bungkus berlauk ayam kampung yang kami beli di kedai di Kampong Jawek, Jerteh).
Langgan:
Catatan (Atom)
