Majlis Perkahwinan Syidah

25 Ogos 2018 (Sabtu) : Aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara, Syidah di Kampong Cheh, Kati, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan.

Bertemu Kawan Sekelas

20 Ogos 2018 (Isnin) - 8.30 malam : Aku berjumpa dengan Mohd Razali bin Mahmood, kawan sekelas 5N1 tahun 1978, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, Kelantan. Pertemuan yang tak dirancang ini berlaku di Restoran Sala Thai, Kampong Apal, Jerteh, Terengganu. Razali bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kota Baharu.

Bersantai di Kolam Ikan Patin Mohd Noji

20 Ogos 2018 (Isnin) : Aku dan keluarga menjalankan aktiviti mengail di kolam ikan patin Mohd Noji bin Hassan di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang.