KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI8

31 Oktober 2022, Isnin : Aku dan isteri bersama-sama ahli Group SSN'78 berkumpul di rumah Mat Daud bin Ab Majid di kediamannya di Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jerteh, Besut, Terengganu.

Ngeteh di Kampong Raja

27 Oktober 2022, Khamis : Alhamdulillah, pagi ni dapat bertemu, berbual dan menikmati sarapan pagi di Kedai Roti Canai Leh, Kampong Raja, Besut, Terengganu. Aku menikmati 2 keping roti canai kosong dan gulai ayam + hati.

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ramli Mamat

25 Oktober 2022, Selasa : Aku dan isteri menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ramli Mamat di Desa Harmoni, Jalan Batu Tumboh, Kampung Raja, Besut, Terengganu. Ramli adalah jiran aku. Berjumpa dengan Abe Ali Omar yang datang mengiringi pengantin lelaki, orang Kampung Jerus, Pasir Puteh, Kelantan.