Catatan Hari Ini - Isnin, 3 Mei 2010

Seperti biasa, aku memandu kereta untuk menghantar anak ke SMK Tengku Mahmud 2. Dalam perjalanan, aku dapat melihat dengan jelas, dua orang pelajar lelaki menunggang motosikal. Seorang pun tidak memakai topi keledar. Melihat kepada saiz tubuh, aku agak pelajar ini berumur 13-15 tahun. Maknanya, mereka menaiki motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Yang menyedihkan lagi ialah pelajar yang dibelakang menghisap rokok tanpa berselindung.

Ternyata bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan

1. Menunggang motosikal tanpa lesen memandu
2. Tidak memakai topi keledar
3. Tidak mempunyai lesen memandu
4. Menghisap rokok semasa memakai uniform sekolah
5. Ibu-bapa bersalah kerana membenarkan anak yang tidak mempunyai lesen memandu, menunggang motosikal.
6. Pekedai runcit bersalah kerana menjual rokok kepada pelajar yang berumur kurang daripada 18 tahun.

Undang-undang yang ditentukan oleh pihak berkuasa tidak memberi makna tanpa penguatkuasaan.