Sukan MASMAT Zon C Tahun 2011

Kejohanan Sukan MASMAT Zon C Tahun 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh. Kejohanan yang melibatkan SMA Ittifakiah, SMA Maarif dan SMA Setiu berlangsung selama 3 hari dari 24 - 26 Februari 2011. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku ditugaskan sebagai jurulatih dan pengurus Pasukan Sepak Takraw Menengah Atas. Gambar di bawah menunjukkan aku dan pemain-pemain bergambar kenangan sebelum perlawanan dijalankan.
Duduk dari kiri : Mohd Bakri bin Kassim, Mohd Hafizuddin bin Mat Jak, Mohd Kamil bin Abdullah, 
Zulkifli bin Awang Siman dan Ahmad Syahmie bin Abdullah
 Berdiri dari kiri : Mohd Yusra bin Mohd, Mohd Fadhil bin Kamaruzzaman, Mohd Burhanuddin bin Mohd, 
Cikgu Razak bin Abd Rahman, Mohd Ridhuan bin Teh dan Mohd Zulfadli bin Mat Yunus

Pada kejohanan kali ini, pasukan sepak takraw SMA Maarif  telah muncul sebagai juara. Pasukan kami telah mengalahkan pasukan SMA Ittifakiah 2 -1  dalam perlawanan yang penuh mendebarkan pada petang Khamis, 24 Februari. Kami juga mengalahkan pasukan SMA Setiu dengan 2 - 1 juga pada perlawanan yang dijalakan pada pagi Jumaat, 25 Februari. Sebagai juara, pasukan kami akan mewakili Zon C ke Kejohanan Sukan MASMAT (Peringkat Akhir) yang akan dilangsungkan di sekolah kami dari 8 - 10 Mac 2011.