Rombongan Perkahwinan ke Alor Setar, Kedah.

18 Julai 2015 (Sabtu) - Pada hari ini, aku dan isteri menyertai rombongan perkahwinan cucu saudara ke Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Rombongan kami telah menginap di sebuah homestay yang diperbuat daripada kayu. Binaannya agak menarik. Homestay yang mengandungi 1 bilik besar dan 2 bilik kecil sesuai untuk 20 orang. Terletak berhampiran dengan sawah padi dengan pemandangan yang sungguh menarik. Dari sini, kami dapat melihat dengan jelas Menara Jam Besar Alor Setar.

Majlis akad nikah telah diadakan selepas solat isyak di masjid kampung berkenaan. Selepas itu, rombongan kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menikmati makan malam. 
Aku dan isteri bergambar di hadapan homestay

19 Julai 2015 (Ahad) - Majlis mengiringi pengantin diadakan pada sebelah tengahari. Selepas selesai menikmati jamuan makan, aku dan isteri bertolak pulang.

Dalam perjalanan pulang, kami bertemu dengan model kapal terbang yang dibina dihadapan rumah seorang penduduk kampung. Kami mengambil keputusan untuk bergambar untuk kenangan. Kami meminta pertolongan dua orang pemuda yang berkebetulan berhenti di situ untuk mengambil gambar kami. Apa motif model kapal terbang ini dibina masih menjadi tanda tanya. Pada kesempatan lain, kami akan bertemu dengan tuan rumah untuk bertanyakan lebih lanjut tentang kapal terbang ini.