Kunjungan ke SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah.

5 Jun 2016, Ahad - Pada hari ini, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah. Kunjungan ini adalah untuk memenuhi jemputan Cikgu Yusof bin Md Saman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini. Pada hari Khamis, 26 Mei 2016, Cikgu Yusof telah mengetuai rombongan seramai 42 orang guru dan pengawas PSS sekolah ini membuat lawatan penanda aras ke SMA Maarif, Besut.

Kedatangan aku dan keluarga ke sekolah ini telah disambut dengan penuh mesra oleh Cikgu Yusof. Kami dibawa ke pejabat sekolah dan bertemu bual dengan Encik Mohamad Zaidi bin Abu Bakar, PK Pentadbiran sekolah. Selepas itu, kami dibawa melawat Pusat Sumber Sekolah. Kami sempat mengadakan perbincangan ringkas dan bertukar-tukar idea untuk memajukan PSS.