Bertemu Kawan Lama

25 Mac 2017, Sabtu - Pada hari ini, tanpa dirancang, aku dapat bertemu dengan kawan lama, Mohd Zaid bin Ali. Kami bersekolah di SK Bukit Kenak, Jerteh dari 1968-1973. Selepas itu hubungan kami terputus kerana beliau meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Dungun kerana mengikut kakaknya yang bertugas sebagai guru di sana. Aku hanya mendengar berita tentang dirinya melalui rakan-rakan. Beliau sekarang bertugas sebagai Jurutera di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. Pertemuan kami berlaku di majlis perkahwinan anak Cikgu Kamal Shah di Kampung Pok Jin, Terengganu. Beliau terlebih dahulu menyapa aku. Aku memang sudah tidak mengenalinya. Setelah dia memperkenalkan diri, barulah aku mengenalinya.