Majlis Perkahwinan Hamidah

8 Disember 2018 (Sabtu) - Majlis perkahwinan anak saudaraku, Hamidah binti Mohamed Nor telah diadakan pada hari ini bertempat di rumah ibunya di Kampung Kerandang, Jertih, Besut, Terengganu. Majlis akad nikah telah selamat dijalankan pada jam 9.30 malam hari Jumaat, 7 Disember 2018. Hamidah bertemu jodoh dengan Ahmad Rafie bin Mohd Eusoff yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.