Kenduri Kesyukuran Zakaria

30 Ogos 2019 (Jumaat) : Satu majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Zakaria Ahmad di Kampung Gong Resam, Pasir Akar, Jerteh. Majlis sholat hajat, tahlil dan doa selamat diadakan selepas sholat Jumaat. Majlis ini diadakan untuk menunaikan nazarnya apabila anak sulongnya dapat melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia. Dua ekor kambing telah ditumbangkan untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.