Berkunjung ke Kedai Keropok Pozi Catering

21 Disember 2019 (Sabtu) : Aku dan Cikgu Che Daud Salleh berkunjung ke Kedai Pozi Catering untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemiliknya, Pozi Hassan yang merupakan bekas murid kami di SMA Maarif, Besut. Perbualan kami berlangsung dengan penuh ceria dan mesra. Apatah lagi dapat menikmati ABC dan Satar Bakar dengan percuma.