ITALI JUARA EURO 2021

12 Julai 2021 (Isnin) : Itali muncul sebagai Juara EURO 2021 setelah mengalahkan England 3-2 menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga tamat perlawanan selama 120 minit. Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang berusia 22 tahun pula dianugerahkan Anugerah Pemain Terbaik EURO 2021. Manakala Christian Ronaldo, Kapten Portugal dianugerahkan Kasut Emas selepas menjaring lima gol.