Mesyuarat Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Alumni EX SSN Tahun 2024

27 April 2024 (Sabtu) : Aku menghadiri mesyuarat di atas yang diadakan di Bilik Gerakan, SMK Seri Nering, Jertih. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Haji Wan Rusdi Ismail, Pengerusi Persatuan dan Haji Zahari,Pengetua sekolah. Mesyuarat membuat keputusan untuk mengadakan majlis tersebut pada hari Sabtu, 11 Mei 2024, jam 11.00 pagi hingga 3 petang bertempat di Dewan Besar, SMK Seri Nering.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menjemput penyanyi Aming Spring untuk menyampaikan beberapa buah lagu popular beliau sepanjang majlis berjalan. Aming merupakan salah seorang Alumni sekolah ini.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menjemput mantan EXCO Negeri Terengganu, Haji Nawi bin Mohamad untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis ini. Haji Nawi adalah Penaung Persatuan Alumni EX SSN.