Majlis Perjumpaan Pelajar SSN - 5 Februari 2011

Hari Sabtu, 5hb Februari 2011, merupakan hari yang amat bermakna bagi aku. Seorang daripada rakan setingkatan di Sekolah Seri Nering, Jerteh, Besut, Terengganu (sekarang dikenali dengan nama SMK Seri Nering) mengadakan kenduri kahwin anak lelaki keduanya. Rakan aku bernama Rosini binti Mohd Noor berusaha untuk menjejaki rakan-rakan yang belajar dalam tingkatan 3 pada tahun 1976. Alhamdulillah, dengan berkat usahanya, beliau telah berjaya mengumpulkan berbelas orang rakan lamanya. Masa yang diperuntukkan kepada kami ialah antara jam 1 hingga 2 petang. Aku ke tempat kenduri di Kampong Tok Dor bersama isteri dan 4 orang anak. Semasa aku sampai, beberapa rakan lama sudah berada di sana. Ada yang biasa bertemu dan ada juga yang telah lama tidak bertemu. Ada yang sudah tidak dapat dikenali, terutama rakan perempuan. Bayangkan betapa susahnya untuk mengingati nama rakan, akhirnya dapat dikenali setelah diberitahu oleh kawan yang berkenaan. Maklumkanlah, pada masa tu umur kami 15 tahun. Sekarang umur kami dah 50 tahun. Maknya sudah 35 tahun kami berpisah. Suasananya sungguh nostalgik. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dan bertukar-tukar nombor handphone.

Che Zahari
Che Johan
Abd Halim bin Mat Saman (Guru di SMK Renek, Jerteh)



Rosini bt Mohd Noor
Rosini bt Mohd Noor
Fatimah bt Mohamad
Maznah bt Ghazali

Mesyuarat/Seminar/Kursus Tahun 2011

10.01.2011 - Mesyuarat JKS Kali Pertama
                   - Bilik Mesyuarat SMAM

12.01.2011 - Mesyuarat Panitia Matematik Kali Pertama
                   - Bilik Seminar SMAM

18.01.2011 - Mesyuarat Rumah Sukan
                   - Musolla Perempuan SMAM

20.01.2011 - Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber
                     Sekolah SMA Terengganu
                   - Bilik Mesyuarat SMA Zainal Abidin,
                     Ladang, Kuala Terengganu.

Mohd Sofi bin Mahmud - Rakan Lama

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Setiap amalan baik yang kita lakukan akan mendapat balasan yang berganda daripada Allah SWT. Semasa aku sedang bersiap-siap untuk menghadiri jemputan makan di rumah guru Bahasa Inggeris isteriku, aku menerima panggilan daripada seorang rakan lama. Namanya ialah Mohd Sofi bin Mahmud.
 Mohd Sofi, barisan depan, kiri sekali. Aku berada di belakangya.

Sekarang ni, dia tinggal di sebuah bungalo di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Alangkah gembiranya, mendapat panggilan daripada seorang sahabat yang sudah hampir 15 tahun tidak berjumpa mata. Dia menghantar satu email kepada aku, setelah melihat gambar-gambar kenangan semasa persekolahan di dalam blog ini. Semasa  membalas emailnya, aku sertakan nombor handphone. Alhamdulillah, dia menelepon aku. Suaranya masih sama, tidak berubah. Wajahnya, wallah hu aalam. Setelah berbicara selama lebih kurang 10 minit, kami setuju "berpisah" dengan satu azam untuk "bertemu" lagi suatu hari nanti.