Mohd Sofi bin Mahmud - Rakan Lama

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Setiap amalan baik yang kita lakukan akan mendapat balasan yang berganda daripada Allah SWT. Semasa aku sedang bersiap-siap untuk menghadiri jemputan makan di rumah guru Bahasa Inggeris isteriku, aku menerima panggilan daripada seorang rakan lama. Namanya ialah Mohd Sofi bin Mahmud.
 Mohd Sofi, barisan depan, kiri sekali. Aku berada di belakangya.

Sekarang ni, dia tinggal di sebuah bungalo di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Alangkah gembiranya, mendapat panggilan daripada seorang sahabat yang sudah hampir 15 tahun tidak berjumpa mata. Dia menghantar satu email kepada aku, setelah melihat gambar-gambar kenangan semasa persekolahan di dalam blog ini. Semasa  membalas emailnya, aku sertakan nombor handphone. Alhamdulillah, dia menelepon aku. Suaranya masih sama, tidak berubah. Wajahnya, wallah hu aalam. Setelah berbicara selama lebih kurang 10 minit, kami setuju "berpisah" dengan satu azam untuk "bertemu" lagi suatu hari nanti.