Kursus Kejurulatihan KESSUMA Tahun 2011

Kursus ini telah diadakan pada 6 - 8 Oktober 2011 bertempat di Sun Beach Resort, Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT). Pesertanya terdiri daripada Pengurusan, Pengurus dan Jurulatih sukan KESSUMA tahun 2011. Seramai 30 orang peserta telah dipanggil untuk menghadiri kursus ini. Atas sebab-sebab masing-masing, hanya 18 orang peserta sahaja yang dapat menghadirkan diri. Aku adalah salah seorang daripada yang dipanggil, dapat hadir dan mengikuti semua program yang diatur.

Majlis Konvokesyen UUM Tahun 2011

Pada 4 Oktober 2011, aku dan keluarga ke Universiti Utara Malaysia, sintok, Kedah Darul Aman untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak kedua kami. Rombongan kami terdiri daripada aku, isteri, anak kedua, anak keempat dan anak saudara.
Dari Kanan : Nor Hafizah, isteriku, aku, Nor Hazwani, Muhammad Hafizuddin

Kursus Pembinaan ABM & Penggunaan I-Pintar

23 September 2011 - Aku dan dua orang guru dari SMA Maarif, Besut telah dipilih untuk menghadiri kursus ini. Mereka ialah Cikgu Zanirariyah bt Mat Junus yang merupakan Ketua Unit Bilik Tayang dan Ustazah Suziati bt Ibrahim (Ketua Unit Bilik Tayang2). Kursus selama 4 hari 3 malam ini diadakan di Hotel Grand Continenal, Kuala Terengganu. Yayasan Diraja Sultan Mizan telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah Papan Putih Interaktif (Interactive White Board (IWB)) untuk sepuluh buah SMA Terengganu. Aku ditempatkan di Bilik 620 bersama Ustaz Abd Rahman bin Mat dari SMA Setiu dan Ustaz Mohamad bin Yaakub dari SMA Ittifakiah, Jerteh.