Majlis Perkahwinan Hamidah

8 Disember 2018 (Sabtu) - Majlis perkahwinan anak saudaraku, Hamidah binti Mohamed Nor telah diadakan pada hari ini bertempat di rumah ibunya di Kampung Kerandang, Jertih, Besut, Terengganu. Majlis akad nikah telah selamat dijalankan pada jam 9.30 malam hari Jumaat, 7 Disember 2018. Hamidah bertemu jodoh dengan Ahmad Rafie bin Mohd Eusoff yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Majlis Pertunangan Tuan Muiz

24 November 2018 : Aku dan keluarga menghadiri majlis pertunangan anak saudara, Tuan Muiz di rumah bakal isterinya di Melor, Kelantan.

Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga SMA Maarif 2018

8 November 2018 (Khamis) - Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah diadakan pada jam 1.00 tengahari bertempat di Isma Cafe, Alor Keli, Besut, Terengganu.