SMS PILIHAN

Asskm kpd semua AMM KBKR... Tuan puan dijemput ke majlis berbuka puasa anjuran KBKR dan JKKK Kg. Raja pada 15/9/09 bertempat di balairaya kg raja (depan balaibomba). Di harap tuanpuan dapat hadir seawal jam 5.00 ptg utk membantu persiapan apa2 yg patut. Pakaian baju Melayu KBKR. Tq.
Laili bin Ismail , Presiden KBKR, 13-09-2009, 10:41 pm
Kpd semua AMM KBKR... Pada petang ini selepas Ansar, di minta tuan2 hadir ke balairaya depan bomba utk gotong royong bagi persiapan majlis berbuka puasa. Harap dapat menghadirkan diri dgn peralatan yg seuai. Tq..
Laili bin Ismail, Presiden KABKAR, 11-09-2009, 02:39 pm
MSRT KHAS AMM KABKAR MJLS BERBUKA PUASA 1430 H PERINGKAT KG. RAJA ANJURAN KABKAR DGN KERJASAMA UMNO CAW KG. RAJA & JKKK KG. RAJA JAM 9.45 MLM INI 7.9.09 BTMPT DIBALAI SERBAGUNA JKKK KG. RAJA HDPN BALAI BOMBA & PENYELAMAT KG. RAJA. KEHADIRAN WAJIB KESULITAN AMTLAH DKESALI. HRP MKLM. SEDIA MENURUT PERINTAH DR SU KHRMT SK- PRSDN KABKAR.. KG KITATGJWB KITA.,. 10Q.. SLMT MENJALANI IBADAH PUASA & SLM LEMBARAN AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
Zulkarnain bin Mohd Zain, 07-09-09, 01:47 pm
Saya temui 1 vitamin yg trbaik d dunia - ranking no 1 dr 500 sykt MLM (catatan kualiti 96.1 pratus) - ssuai utk elak pnykt kronik, mgekal kshatan,elak stres, kekang wbak H1N1. http://www.usana.com/
+60139393500, 03-09-2009, 06:15 pm
Silp, k.lin br oyk exm form3 start kul 10.45 td.
Noor Fadhlaine binti Mohd Salleh, SMA Maarif, Besut, 2 Sept. 2009, 11:15 am.
Slm ayah. Bleh msuk duit, nk byr tket bas.
Nor Farihah binti Razak, Kolej Matrikulasi Johor, 2 Sept. 2009, 10:20 am.
Kita tengok giliran hantar juadah ke msjd tu sj tk perasan pula tentang ada lg notis lain. T.ksih kalu sdh mklum awal2lg...
Wan Abdullah bin Yusof (OKU) ~ 1 September 2009, 08:33 am
<+++++>
Salam... Kenapa ajk msjd bt tumboh tk sudi jemput org miskis hina, pekak bisu ke mjlis berbuka puasa d bln yg mulia ini. seingat saya, saya tiada musuh dgn org di kg bt tumboh. jkkk pk harun dn bekas polis dpn rmh saya tdk mklum apa2 kpd kluarga saya.
Wan Abdullah bin Yusof (OKU) ~ 1 September 2009, 08:14 am
<+++++>
Ass'kum.. Tuan2 & Puan di jemput dan di persilakan ke Program Sahur Rakyat Sempena Sambutan Ambang Merdeka 2009 yg akan di adakan pada 30/8/09 jam 11.30mlm di Dewan Terbuka Pej Penyelaras UMNO DUN k/putra. Program ini adalah anjuran UMNO DUN K/putra dan akan diresmikan oleh YB Pehimi Bin Yusof. Tq.
Encik Laili bin Ismail, ~ 29 Ogos 2009, 01:46 pm.
<%%%%%>
Taklimat vitamin trbaik d dunia [ranking no 1 dr 45 sykt] jam 10pg ini d dpan smk nur zahirahbsut, tngok keajaibannya
+60139393500, 08:26 am
<#####>
Jadilah seorang bapa yg cemerlang utk anak2, jadilah seorng suami yg gemilang utk isteri dan keluarga serta jadilah seorang hamba yg terbilang pada Allah yg maha esa. Selamat Hari Bapa. Moga panjang umur n murah rezeki.
Puan Mek Baru binti Ahmad, Desa Harmoni, Besut, Terengganu.
21 Jun 2009. 09:32 pm


Selamat Hari Bapa.. Terima kasih ats sgala pg0rbnan mndidik kami adk brdik.. M0ga sihat2 sllu.
Nor Farihah binti Razak, Kolej Matrikulasi Johor, Johor.
21 Jun 2009. 12:57 pm


YG MGHAFAZ ITU GURU SEJARAH, YG CAKAP BERBUNGA ITU GURU SASTRA, TERATUR AYATNYA GURU BM, GELAP KULITNYA GURU PJ, SOPAN ORGNYA GURU SIVIK, WARAK ORGNYA GURU AGAMA, PELIK ORGNYA GURU PS, POWER CAKAPNYA GURU BSAR, X PERNAH MARAH GURU KAUNSELING, HEBAT BHSANYA GURU ETEMS, BYK TUSENNYA GURU BI, BYK KLIMNYA GURU SBT, WALAU SIAPA PUN ANDA... SeLaMaT HaRi GURU.
Cikgu Rosli bin Salim, Sek Men Sains, Pekan, Pahang.
16 Mei 2009. 03:00 pm.


SELAMAT HARI GURU... TERUSKAN KECEMERLANGAN.. JASAMU TATAP DIKENANG.
TQ.
YB Haji Mohd Pehimi bin Mohd Yusof, ADUN Kota Putera, Besut.
16 Mei 2009.09:49 am

SEPAK TAKRAW

Dalam sukan sepak takraw, aku telah mendapat lesen sebagai pengadil peringkat Negeri Terengganu pada tahun 1996. Mulai dari tarikh itu, aku telah menjalankan tugas sebagai pengadil di beberapa kejohanan sepak takraw yang dianjurkan di Daerah Besut.

CERITA PENDEK

PAK NGAH DAUD

Al Fatihah dan hadiahkan kepada Allahyarham Daud bin Abas yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2006. Seorang insan biasa yang disenangi oleh ramai orang di Kampong Tasek Mengkuang, Besut dan beberapa kampong di sekitarnya. Sebabnya, ialah kesediaan Allahyarham untuk memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang datang kepadanya. Beliau adalah seorang petani yang tidak tahu membaca dan menulis.
Sepanjang hayatnya, rumahnya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai. Beliau bukan sahaja boleh mengurut, malah boleh "meredakan" berbagai jenis penyakit seperti sakit perut, terseliuh dan gangguan tidur. Kebiasaannya, pesakit yang sama akan datang ke rumahnya beberapa kali kerana berpuas hati dengan "servis" yang diberikan.
Pak Ngah bukan sahaja memberi "servis" di rumahnya, tetapi tidak pernah menolak untuk merawat pesakit di rumah pesakit itu sendiri. Biasanya, Pak Ngah dijemput oleh keluarga pesakit. Sekiranya rumah pesakit dekat, Pak Ngah akan pergi dengan menunggang motosikal buruknya. Pak Ngah tidak pernah menolak apabila dijemput. Inilah kelebihan yang ada Pak Ngah. Malah isterinya, Mak Ngah Sinah, sentiasa membantu untuk mengingatkan Pak Ngah supaya memenuhi setiap jemputan pesakit. Kesediaan suami isteri ini untuk memberi sumbangan kepada pesakit amat dikagumi. Mak Ngah tidak pernah mengeluh dengan kesibukkan Pak Ngah.
Atas kesediaan Pak Ngah menolong orang ramai tanpa mengenal penat lelah, Allah SWT telah memberi rezeki yang banyak kepadanya. Satu demi satu bidang tanah sawah atau kebun (getah, buah-buahan) dapat dibeli oleh Pak Ngah secara tunai. Ke mana Pak Ngah pergi, ada saja orang yang menegurnya. Semasa Pak Ngah dirawat di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan, katilnya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai. Ada dikalangan kakitangan wad yang bertanya "pak cik kerja apa" kerana Pak Ngah dikunjungi oleh ramai pelawat pada setiap hari.
Pengajaran yang kita dapati ialah semakin ramai orang yang kita kenali, semakin bahagia dan semakin kayalah kita. Jangan berat tulang. Berilah pertolongan yang kita mampu kepada sesiapa sahaja, samada orang kita kenali atau tidak. Mereka adalah hamba Allah yang memerlukan pertolongan untuk membolehkan mereka hidup bahagia. Janganlah kedekut untuk memberi sumbangan wang, tenaga, atau buah fikiran untuk membahagiakan orang lain. Apabila mereka gembira dan bahagia, InsyaAllah, Allah SWT akan mencampakkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita.