Peristiwa 29 April 2010 (Khamis)

Hari ini, Khamis, 29 April 2010, aku didatangi oleh Muhammad Hafiz Khairunnajmi, seorang pelajar Tingkatan 5 tahun 2009. Selepas memberi salam, dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangan aku. Dia kelihatan ceria dan gembira. Dia memaklumkan bahawa telah mendapat tawaran untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis. Pendaftaran akan diadakan pada 10 Mei 2010. Dia memaklumkan bahawa beberapa orang rakannya juga mendapat tawaran yang sama. Aku mengucapkan tahniah dan menasihatkan dia belajar dengan bersungguh-sungguh. Dia memohon diri setelah menghulurkan tangan dan mencium tangan aku sekali lagi.

9.15 Pagi:  Seorang lagi pelajar, Mohd Khairie bin Jusoh datang menemui aku. Dia memohon pertolongan untuk mencetak beberapa helai maklumat yang diperlukan untuk dibawa ke temuduga di IPG Sultan Mizan, Besut.

Bagi seorang guru, ucapan terima kasih daripada pelajar-pelajarnya sudah memadai. Bukan meminta dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar dihormati. Sejuk rasa hati dengan akhlak yang ditunjukkan oleh pelajar tadi.

LAWATAN KE VIETNAM (21 - 24 April 2010)

Hari Pertama, 21 April 2010 (Rabu)

7.30 Pagi : Rombongan kami berjumlah 56 orang berkumpul di Lapangan Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Rombongan kami diketuai oleh YB Nawi bin Mohammad, ADUN Kawasan Hulu Besut, Pengerusi Majlis Belia Daerah Besut, Terengganu. Antara personaliti utama yang bersama dalam rombongan ini ialah bekas Pegawai Daerah Besut (kini Pegawai Daerah Hulu Terengganu), Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut, Pegawai Pelajaran Daerah, Besut, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Besut dan Pengetua, SMK Tengku Mahmud, Besut.

Dari kiri ke kanan : Tuan Yusof, Cg. Razak Abd Rahman, Cg. Zainuddin Salleh dan Cg. Mohd Zaiki Ismail

SAHABAT RASULULLAH SAW

Terdapat ramai sahabat Rasulullah SAW yang semuanya adalah tergolong sebagai ahli syurga. Sesorang yang mempunyai 4 sifat berikut adalah tergolong di dalam sahabat Rasulullah SAW:

1. Hidup semasa dengan Rasulullah SAW
2. Bertemu dengan Rasulullah SAW
3. Beriman dengan Rasulullah SAW
4. Mati dalam Islam

Walau bagaimana pun, terdapat 10 orang sahabat yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai ahli syurga. Mereka ialah

1.  Abu Bakar As Siddiq
2.  Umar Al Khatab
3.  Osman Ibnu Affan
4.  Ali bin Abi Thalib
5.  Talhah
6.  Zubair
7.  Abdul Rahman
8.  Saad
9.  Said
10.  Abu Ubaidah

Apakah keistemewaan dan kelebihan yang terdapat pada 10 sahabat di atas, yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan dengan lidahNya sebagai ahli syurga.

ABU BAKAR AS SIDDIQ

Merupakan lelaki yang pertama memeluk agama Islam.  Umurnya 2 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Merupakan sahabat Rasulullah SAW yang paling karib. Mempunyai peribadi dan akhlak yang sangat mulia. Seorang yang pengasih, penyayang, tegas, tabah menghadapi dugaan, pembela kebenaran, benci kepada kejahatan, pemurah dan lain-lain sifat yang mulia.

Abu Bakar telah mendermakan semua hartanya untuk dibelanjakan untuk menghadapi Peperangan Tabuk. Rasulullah SAW bertanya " apa lagi yang kamu ada?" Abu Bakar menjawab " Aku ada 2 perkara. 1. Allah  2. Rasulullah".