KESSUMA Ke 11 TAHUN 2010

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia, Zon Utara dan Timur (KESSUMA) Kali Ke 11 tahun 2010 telah dilangsungkan di Universiti Darul Iman, Kampus KUSZA, Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah disertai oleh Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kejohanan kali ini diadakan pada 13 - 17 Jun 2010, sempena cuti persekolahan.
Pada kejohanan kali ke 11 ini, aku telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sepak Takraw Negeri Terengganu. Manakala Ustaz Mohd Nasir bin Tahir telah diberi tanggungjawab untuk melatih 12 orang pemain yang dipilih.
Gambar di atas menunjukkan Pengurus, Jurulatih dan pemain yang diambil sebelum perlawanan pertama dijalankan. 

Duduk dari kanan ke kiri ialah Mohamad Zainol Asyaf, bin Mohd Nor,  Hilmi Syukran bin Mohd Rashid, Ahmad Izzat Afifi bin Razli,  Muhammad Sofian Hadi bin Yahya, Mohamad Azam bin Mamat, Muhammad Firdaus bin Ayob dan Atikullah bin Ibrahim.

Berdiri dari kanan ke kiri : Cikgu Razak bin Abd Rahman - Pengurus Ahmad Fakihin bin Mohd Razemi, Muhamad Aminuddin bin Daud, Muhamad Shahrul bin Anuar, Muhammad Arif Afwan bin Aziz, Mohamad Salihin bin Zakaria dan Ustaz Mohd Nasir bin Tahir - Jurulatih.