KURSUS MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3 SMA MAHMUDIAH, KUALA BERANG, TERENGGANU

Pada 8 - 10 Julai 2010 (Khamis - Sabtu) yang lalu, aku telah ditugaskan sebagai Fasilitator Kursus Motivasi Pelajar Tingkatan 3 SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu. Seramai 80 orang pelajar lelaki dan perempuan terlibat di dalam kursus yang diadakan di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan (PLKP) JHEAT, Batu Rakit, Terengganu.

Seramai empat orang Fasilitator telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Bahagian Pendidikan untuk mengendalikan kursus ini. Mereka ialah Cikgu Sukeri bin Ibrahim (SMA Setiu)(Ketua Fasilitator), Cikgu Mohammad Azmi bin Hassan (SMA Ittifaqiah, Jerteh), Cikgu Razak bin Abd Rahman (SMA Maarif, Kampong Raja) dan YM Tg Zulkiflee bin Tg Abdullah (SMA Al Falah, Kemaman).

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah dan Bengkel Kelebihan Pelajar Cemerlang, Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang, Aktiviti Riadah di Pantai, Pertandingan Bola Api dan Rumusan.

Pada keseluruhannya, sebahagian besar peserta telah mengambil bahagian yang aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Semua fasilitator melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh guru-guru dan peserta kursus.