Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Sek Men Agama Maarif, Besut telah menghantar satu kontijen seramai 40 orang pelajar perempuan menyertai perarakan Maulidur Rasul 1432H yang berlangsung di sekitar Pekan Kampong Raja. Sambutan ini dianjurkan oleh Kelab Belia Kampong Raja dengan kerjasama UMNO Cawang Kampong Raja, Ekspress Perdana dan Lienadia Group. Ia merupakan acara tahunan bagi Kelab Belia Kampong Raja yang dipengerusi oleh Encik Laili bin Ismail yang juga CEO Ekspress Perdana.





Seawal jam 7.30 pagi, semua 15 kontijen telah berkumpul di Perkarangan Masjid Nasiruddin Shah, Kampong Raja. Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abd Razak bin Mat Ripin yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat (AMK) KABKR. Kemudian, Ustaz Zulkifli yang juga AMK KABKR telah menyampaikan tazkirah Maulidul Rasul. Encik Laili Ismail mengambil giliran untuk menyampaikan ucapan aluan. Kemuncak Sambutan ialah ucapan perasmian oleh YB Mohamed Pehimi bin Haji Yusof, ADUN Kota Putra. Kemudian diadakan majlis penyampai hadiah dan cenderahati kepada tokoh Maal Hijrah Peringkat Kampong Raja 1432H. Pada tahun ini, Puan Hajjah Wan Rusliah bt Awang, seorang pesara guru telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan.