Kenduri Kahwin - 5 Februari 2011

Setelah hampir satu jam berada di rumah Rosini, aku sekeluarga terus ke rumah pak saudaraku, Sarjan Bersara Mat San bin Ahmad di Kampong Gerai, Jerteh. Beliau merupakan satu-satunya adik-beradik ibuku yang masih hidup. Beliau mengadakan kenduri untuk menyambut isteri barunya. Isterinya yang pertama telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009. Kami, anak-anak saudaranya merasa sungguh gembira kerana beliau sudah mendapat seorang isteri yang boleh menemani hidupnya. Walaupun beliau mempunyai 3 orang anak (semuanya lelaki) hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, tapi mereka tinggal berjauhan kerana tugas masing-masing.


Setelah hampir satu jam berada di rumah pak saudaraku, aku dan keluarga terus ke Kampong Banir Belikung, Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteriku. Sesat juga dibuatnya kerana telah lama tidak berkunjung ke sana. Setelah bertanya orang kampung, akhirnya kami sampai di rumahnya. Suasana sungguh ceria apatah pasangan pengantin baru. Mereka tentunya sungguh gembira kerana menjadi raja sehari. Kami bertolak pulang pada jam 8.00 malam.