Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia, Zon Utara dan Timur (KESSUMA) Kali Ke 11 tahun 2010 telah dilangsungkan di Universiti Darul Iman, Kampus KUSZA, Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah disertai oleh Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kejohanan kali ini diadakan pada 13 - 17 Jun 2010, sempena cuti persekolahan.
Halaman
- Home
- Profil Diri
- Isteri
- Mohd Hamdan
- Nor Hafizah
- Nor Farihah
- Nor Hazwani
- Muhammad Hafizuddin
- Cucu
- Album Tahunan
- Album Sekolah
- Hari Raya Eidul Fitri
- Kenduri Kahwin
- Kematian
- Pak Nik Salleh
- Percutian
- Video
- Ziarah
- Perkahwinan
- Kad Perkahwinan
- Album Wajah
- Album PPK
- Album SMAM
- Album Jogjakarta
- Album APSSK 2015
- Surat
- Gambar Passport
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
- Abang Hamid
- 5N1 SMIP 1978
- Sahabat SM Seri Nering
- Pak Su Hasan
- Sepupu
- Besan
- Album Rakan-Rakan
- Album BTPNT
- video1
- Bil Utiliti
- Video 2022
- Kenderaan
Catatan 17 Mei 2010
Aku merasa sangat gembira apabila menerima satu emel daripada rakan sekelas semasa belajar di dalam tingkatan 5 pada tahun 1978. Berikut adalah emel penuh yang dihantarnya.
Salam Cik Gu Jak,
Kawe sangat teruja tengok gambar dalam laman web demo. Dah lama kita terputus hubungan. Lepas SPM, terus menghilang. Masih ingatkah demo dengan kawe. Ingat dalam kelas kita hari tu……. Kawe duduk sebelah Sudin, demo rapat dengan Wan Sulong. Kawe buke budok glamour dalam kelas masa tu. Selalu kena pulas perut oleh Cik Gu Rawi. Malas buat latihan Math tambahan. Huhh… lucu kalu ingat kisah masa di SMIP dulu.
Dalam gambar kelas tu, kawe duduk berdiri barisan tengah, no 4 dari kiri, sebelah kanan Hasbi. Ingat tak nama kawe?.
Jika kelapangan, sila hubungi kawe 013-9304156.
Wassalam.
Setelah membaca emelnya, aku segera menghubunginya. Kami berbual panjang, maklumlah telah lama tidak bersua muka. Beliau memberitahu tentang beberapa orang rakan sekelas yang sempat ditemuinya. Antaranya, Mahadi (Duduk ketiga dari kanan) yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian di Kelantan, Dr Nik Azmi (Ketua Kelas - Duduk keenam dari kanan) - yang mengusahakan klinik sendiri di Kelantan, Dr Hanapi (Duduk paling kiri) -yang bertugas di HUSM Kubang Kerian dan Mohd Azri yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir di negeri Kelantan. Rakan-rakan yang lain, tak dapat dikesan. Harap-harap dapatlah bertemu dan berhubung dengan semua rakan yang lain.
Catatan Hari Ini - Isnin, 3 Mei 2010
Seperti biasa, aku memandu kereta untuk menghantar anak ke SMK Tengku Mahmud 2. Dalam perjalanan, aku dapat melihat dengan jelas, dua orang pelajar lelaki menunggang motosikal. Seorang pun tidak memakai topi keledar. Melihat kepada saiz tubuh, aku agak pelajar ini berumur 13-15 tahun. Maknanya, mereka menaiki motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Yang menyedihkan lagi ialah pelajar yang dibelakang menghisap rokok tanpa berselindung.
Ternyata bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan
1. Menunggang motosikal tanpa lesen memandu
2. Tidak memakai topi keledar
3. Tidak mempunyai lesen memandu
4. Menghisap rokok semasa memakai uniform sekolah
5. Ibu-bapa bersalah kerana membenarkan anak yang tidak mempunyai lesen memandu, menunggang motosikal.
6. Pekedai runcit bersalah kerana menjual rokok kepada pelajar yang berumur kurang daripada 18 tahun.
Undang-undang yang ditentukan oleh pihak berkuasa tidak memberi makna tanpa penguatkuasaan.
Langgan:
Catatan (Atom)
