ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Pada 28 - 30 Oktober 2009, aku bersama-sama Cikgu Mohd Azami bin Abd. Ghani, Cikgu Wan Zaki bin Mahmod dan Encik Makhtar bin Salleh telah menghadiri Seminar Pengukuhan Nilai bagi Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang, Selangor.

Seramai 163 orang daripada 200 orang penerima APC dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menghadiri seminar ini. Penerima terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong dan kakitangan yang telah dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusi oleh Tuan Haji Abd Rashid bin Ngah, Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap orang penerima APC dikurniakan Hadiah Prestasi sebanyak RM1,000.00 dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang.

Pada 14 November 2009 pula, aku telah menghadiri Sambutan Hari Q, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan) 2009 bertempat di Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu. Aku telah diberi penghargaan untuk menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Seramai 60 orang guru dan kakitangan telah dipilih untuk menerima APC bagi tahun 2009.